#KerajaanGagal TRENDING, PERLIHAT KEKECEWAAN RAKYAT TERHADAP PRESTASI KERAJAAN PN#KerajaanGagal TRENDING, PERLIHAT KEKECEWAAN RAKYAT TERHADAP PRESTASI KERAJAAN PN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

#KerajaanGagal TRENDING, PERLIHAT KEKECEWAAN RAKYAT TERHADAP PRESTASI KERAJAAN PN


19 April 2021


Beberapa hari yang lalu hastag #KerajaanGagal menjadi trending di laman sosial Twitter menunjukkan kekecewaan rakyat terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN).


Rakyat kecewa kerana kerajaan PN gagal menyelesaikan pelbagai isu terutamanya berkaitan Covid-19, ekonomi negara, mengekang kenaikan harga barangan dan banyak lagi.



Pada 17 April, jumlah ciapan bersama hashtaga #KerajaanGagal mencecah sehingga 150,000 dan meletakkannya sebagai hastag nombor satu di Malaysia yang mana ramai pengguna di laman sosial meluahkan rasa kecewa dengan kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Hastag Kerajaan Gagal itu masih trending sehingga hari ini.


Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Dr. Puad Zarkasih berkata, tanda pagar #KerajaanGagal yang trending nombor 1 di Twitter dalam tempoh 24 jam beberapa hari lalu menggambarkan tanda rakyat kecewa cara PN memulih ekonomi dan memerangi Covid-19 di negara ini.


"Frontliners telah bertungkus lumus selama setahun. Sudah tentu bukan salah mereka. Mereka bertugas sehingga tinggal anak isteri. Sebab itu perancangan dan dasar kerajaan yang lemah dan tidak konsisten jadi sasaran kritikan rakyat di media sosial.


"SOP PKP dan PKPB adalah isu utama kerajaan dikritik hebat oleh nitizen. SOP berat sebelah, layanan berbeza termasuk kuat kuasa yang tidak tegas.



"Kerajaan pernah disarankan supaya teruskan PKP yang ketat untuk tempoh tertentu. Biar virus terputus. Susah dulu, senang kemudian," katanya menerusi menyataan dalam laman Facbooknya.


Puad turut menyarankan kerajaan supaya menghadkan operasi kilang-kilang kerana kluster tempat kerja antara penyumbang besar peningkatan kes Covid.


"Tetapi kerajaan beri banyak kelonggaran atas alasan ekonomi.


"Kerajaan gagal melakukan keseimbangan antara pemulihan ekonomi dengan dasar memerangi Covid-19 yang ketat.


"Berdasarkan vaccine tracker Bloomberg kadar vakinasi di Malaysia ialah 26,524 dos setiap hari. Bermakna Malaysia perlu 4.9 tahun untuk capai tahap 75 peratus penduduknya diberi vaksin. Indonesia perlu 3.3 tahun," katanya.



bottom of page