top of page

Kerjasama GSO dan PKSKKB Salur Bantuuan Mangsa Banjir di Paitan

  • nabalunews
  • Mar 1
  • 1 min read

Oleh Wartawan Nabalu News: Kidd


1 Mac 2026


KOTA BELUD: Kerjasama erat antara Group Permotoran Siou Otolikudan (GSO) dan Persatuan Kebajikan Semangat Kasih Kota Belud (PKSKKB) berjaya melaksanakan misi kemanusiaan membantu mangsa banjir di Paitan pada 28 Januari lalu. Misi tersebut diketuai oleh Pengerusi GSO, Mujin Soborong, bersama Pengerusi PKSKKB, Baini @ Maini Binti Lakin.


Konvoi bantuan yang terdiri daripada tiga kenderaan pacuan empat roda (4x4) dan dua buah kereta membawa barangan keperluan asas dihantar secara teratur kepada penduduk yang terjejas. Rombongan bertolak seawal pagi untuk memastikan bantuan sampai tepat pada masanya dan dalam keadaan selamat kepada mangsa banjir di kawasan tersebut.


Menurut pihak penganjur, kerjasama ini mencerminkan semangat perpaduan dan keprihatinan masyarakat dalam membantu mereka yang sedang menghadapi kesukaran. Sumbangan yang disalurkan diharap dapat meringankan beban mangsa serta menjadi simbol sokongan moral daripada komuniti luar.

Pihak penganjur turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang serta individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan misi ini. Semoga segala kebaikan yang dicurahkan diberkati dan dibalas oleh Tuhan, sekaligus menjadi inspirasi kepada lebih ramai pihak untuk terus membantu mereka yang memerlukan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page