Kes baharu Covid-19 di Sabah 4,035, lima kematian
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kes baharu Covid-19 di Sabah 4,035, lima kematian



14 Feb 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jumlah kes harian positif Covid-19 di Sabah kembali melepasi angka 4,000 dengan pertambahan 144 kes berbanding semalam.


Jumlah kes positif baharu Covid-19 hari ini sebanyak 4,035 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 278,295 kes dan lima kes kematian dilaporkan masingmasing satu kes di Sandakan, Beaufort, Kuala Penyu, Lahad Datu dan Kota Kinabalu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, pertambahan itu sudah dijangka dengan mengambilkira peratusan jangkitan sporadik yang tinggi.


Beliau berkata, jumlah daerah yang mencatatkan kes tiga angka juga semakin bertambah kepada 12 daerah hari ini.


“Antaranya Kota Kinabalu sebanyak 910 kes, Sandakan (496 kes), Tuaran (388 kes), Tawau (328 kes), Penampang (325 kes), Papar (263 kes), Putatan (200 kes), Lahad Datu (189 kes), Beaufort (134 kes), Ranau (129 kes), Keningau (106 kes) dan Kota Belud sebanyak 106 kes,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, jumlah kes bergejala yang berpunca daripada jangkitan sporadik amat tinggi iaitu 61.07 peratus atau 2,464 daripada 4,035 kes hari ini.


“Peratusan jangkitan sporadik yang tinggi membantu penularan virus dengan lebih cepat dan luas mengakibatkan jumlah kes harian yang berganda dalam tempoh yang cepat,” katanya.


bottom of page