Kes baharu Covid-19 di Sabah meningkat kepada 707 kes, 13 kematianKes baharu Covid-19 di Sabah meningkat kepada 707 kes, 13 kematian
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kes baharu Covid-19 di Sabah meningkat kepada 707 kes, 13 kematian



12 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News

KOTA KINABALU: Kes harian Covid-19 di Sabah mencatatkan peningkatan yang agak tinggi hari ini di mana sebanyak 707 kes baharu direkodkan, meningkat 175 kes berbanding semalam.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, penambahan itu menjadikan jumlah kumulatif di Sabah sebanyak 206,755 kes.


"Peningkatan kes yang agak tinggi pada hari ini ekoran daripada peningkatan kes di 19 daerah di Sabah dengan Kudat merekodkan peningkatan kes tertinggi iaitu sebanyak 34 kes (52 kes baharu), diikuti Pitas (+31 kes), dan Lahad Datu (+26 kes).


“Jumlah kes secara kumulatif pada hari ini ialah 707 kes, namun kalau kita tolak kes-kes yang lewat didaftar dua hari atau lebih, jumlah sebenar kes yang berlaku dalam tempoh 24 jam lepas hanyalah 460 kes,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Menurut Masidi, sejumlah 37.7 peratus daripada jumlah jangkitan pada hari ini adalah melalui saringan bergejala, dan 53.61 peratus daripada saringan kontak rapat.

“Daripada jumlah kes jangkitan baharu yang direkodkan hari ini, 9.62 peratus adalah daripada Kategori 1 dan 86.14 peratus adalah daripada Kategori 2.


“Kategori 1 dan Kategori 2 lazimnya hanya memerlukan rawatan pemantauan di rumah atau bila perlu di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC),” katanya.


Tambah beliau, hamper semua daerah mencatatkan angka jangkitan baharu pada julat dua angka dan enam daerah lagi pada julat satu angka.

Sementara itu, bilangan pesakit sembuh ialah 428 orang, termasuk yang discaj dari hospital dan PKRC, menjadikan jumlah kumulatif 193,873 orang.

“Manakala 2,356 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 961 orang di hospital, 1,386 orang di PKRC Awam, lima orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala empat orang di fasiliti swasta.


“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 123 orang merangkumi 108 di ICU serta 15 di kubikel akut dan 39 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.


Sebanyak 13 kes kematian turut dilaporkan hari ini, iaitu tiga kes di Kota Kinabalu, dua kes masing-masing di Tuaran, Sandakan, dan Keningau manakala Semporna, Tenom, Kinabatangan dan Pitas masing-masing mencatatkan satu kes kematian.


“Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar,” kata Masidi.





photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page