Kes baharu Covid-19 di Sabah menurun kepada 1,649 kesKes baharu Covid-19 di Sabah menurun kepada 1,649 kes
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kes baharu Covid-19 di Sabah menurun kepada 1,649 kes



13 September 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINBALU: Jumlah kes baharu Covid-19 di Sabah menurun kepada 1,649 kes pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 175,512 kes.


Menteri Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, sebanyak 39 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu enamkes di Sandakan dan Tawau, lima kes masing-masing di Kota Belud dan Tuaran, dan empat kes di Kota Kinabalu.


"Dua kes turut direkodkan masing-masing di Lahad Datu dan Papar manakala Sipitang, Kudat, Kinabatangan, Kunak, Pitas, Keningau, Penampang, Kalabakan dan Beluran masing-masing mencatatkan satu kes," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Beliau berkata, beberapa daerah merekodkan peningkatan kes antaranya ialah Kota iaitu meningkat kepada 314 kes, Penampang (165 kes), dan Keningau (96 kes).


"Saringan kontak rapat kekal penyumbang utama kepada kes harian dengan 932 kes manakala, 481 kes adalah daripada saringan bergejala, 74 kes daripada saringan kluster, dan saringan lain-lain (162 kes).


"Kategori 2 masih kumpulan terbesar pesakit, iaitu dengan 1,061 kes, diikuti Kategori 1 pula sebanyak 508 kes, Kategori 3 sebanyak lapan kes, Kategori 4 (12 kes) dan Kategori 5 (lapan kes)," katanya.


Menurut Masidi, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital atau sembuh pula sebanyak 2,085 orang telah discaj atau sembuh hari ini menjadikan jumlah kumulatif 148,248 orang.


"Sebanyak 4,613 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,565 orang di hospital, 2,976 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 62 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala 10 orang di fasiliti swasta.


"Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 210 orang merangkumi 126 di ICU/repurposed kritikal care serta 84 di open ward (HDW/kubikel akut) dan 71 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated)," katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page