Kes baharu Covid di Sabah melonjak kepada 2,052 kes, 28 kematianKes baharu Covid di Sabah melonjak kepada 2,052 kes, 28 kematian
top of page
  • nabalunews

Kes baharu Covid di Sabah melonjak kepada 2,052 kes, 28 kematian



12 Ogos 2021

Oleh Jacquline Ebit


KOTA KINABAU: Jumlah kes positif baharu Covid-19 di Sabah pada hari ini melonjak naik kepada 2,052 kes tertinggi setakat ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 100,031 kes.


Sebanyak 28 kes kematian turut dilaporkan hari ini, iaitu lapan kes di Kota Kinabalu, enam di Tawau, empat di Tuaran, tiga di Sandakan, dua Kuala Penyu dan masing-masing satu kes di Putatan, Keningau, Sipitang, Penampang dan Beluran.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, punca peningkatan mendadak kes baharu Covid hari ini adalah disebabkan oleh penularan wabak virus COVID-19 di dua tempat kerja.


"Jangkitan virus Covid-19 di sebuah pelantar minyak yang melibatkan 209 pekerja, dan ditambah pula dengan 109 pekerja tapak binaan Hyatt Centric (berhadapan Suria Sabah, Kota Kinabalu) yang terdiri daripada warga Filipina, China dan Malaysia menjadikan jumlah yang amat tinggi bagi daerah Kota Kinabalu dalam sehari, iaitu 635 kes.” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, saringan kontak rapat kekal penyumbang utama kepada kes harian di negeri Sabah dengan 1,154 kes bersamaan 56.24 peratus daripada jumlah keseluruhan kes pada hari ini.


"Selebihnya, saringan bergejala merekodkan 440 kes, saringan kluster merekodkan 91 kes, saringan bersasar pula sebanyak 71 kes dan saringan lain-lain kes merekodkan sebanyak 296 kes daripada jumlah keseluruhan kes pada hari ini.


"Sebanyak 1,634 kes daripada kes-kes hari ini adalah daripada Kategori 1 dan kategori 2 iaitu kes yang mempunyai gejala ringan dan tidak perlu dimasukkan di hospital untuk rawatan.


Masidi berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh 628 orang menjadikan jumlah kumulatif 85,337 orang.


“Seramai 4,899 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,104 orang di hospital, , 3,732 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 57 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala enam orang di fasiliti swasta.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 151 orang dan 58 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page