Kes baharu Covid di Sabah meningkat semula
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kes baharu Covid di Sabah meningkat semula



24 Feb 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan peningkatan jangkitan baharu pada kadar yang tinggi sebanyak 921 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes hari ini sebanyak 4,892 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu mencatatkan kes baharu tertinggi iaitu lebih dua kali ganda berbanding semalam dengan 1,947 kes baharu, meningkat sebanyak 1,212 kes.


“Kes-kes lewat daftar (backlogs) mempengaruhi peningkatan jumlah yang tinggi bagi daerah Kota Kinabalu.


“Sejumlah 1,214 daripada 1,947 kes di Kota Kinabalu merupakan kes-kes jangkitan “backlogs” yang berlaku enam hari atau lebih lama tetapi hanya dapat didaftarkan pada hari ini," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, sembilan daerah turut merekodkan kes tiga angka iaitu Tuaran (425 kes), Penampang (415 kes), Papar (290 kes), Tawau (208 kes), Kota Belud (207 kes), Beaufort (194 kes), Sandakan (192 kes), Keningau (144 kes) dan Lahad Datu sebanyak 100 kes.


Katanya, tujuh kes kematian dilaporkan hari ini iaitu dua kes di Tuaran dan masing-masing satu kes di Keningau, Kota Kinabalu, Penampang, Kota Marudu dan Kudat.


Beliau berkata, daripada jumlah keseluruhan kes baharu yang direkodkan hari ini 99.53 peratus adalah dalam Kategori 1 dan 2. Terdapat lima kes dalam Kategori 3, Kategori 4 (13 kes) dan Kategori 5 sebanyak lima kes.


Mengenai pemberian vaksin kepada kanak-kanak, Masidi berkata, setakat ini PICKids Sabah berjaya melaksanakan pemberian vaksin kepada 34,713 kanak-kanak daripada 411,400 kanak-kanak berumur antara 5-11 tahun yang layak untuk divaksin.


“Sejumlah 531 kes pada hari ini adalah melibatkan kanak-kanak bawah 11 tahun yang belum divaksin, dengan 241 kes adalah kanak-kanak yang belum layak mendapat vaksin (bawah 5 tahun),” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page