Kes baharu Covid di Sabah terus menurun
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kes baharu Covid di Sabah terus menurun


4 April 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah meneruskan trend penurunan dengan angka jangkitan baharu sebanyak 140 kes, menurun 27 kes berbanding semalam.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, secara keseluruhannya kedudukan di hampir semua daerah semakin bertambah baik walaupun terdapat perubahan turun naik jumlah kes baharu setiap hari.


“Hari ini cuma empat daerah yang mencatat kes baharu dua angka, iaitu Kota Kinabalu (37), Tuaran (21), Tenom (13) dan Penampang (12).


“Sebanyak 17 daerah lain mencatatkan kes baharu satu angka dimana 16 daripadanya hanya merekodkan kes baharu antara satu hingga lima kes.


“Enam daerah iaitu Kinabatangan, Nabawan, Keningau, Tongod, Kalabakan dan Putatan tidak mencatat sebarang kes baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, peratusan jangkitan sporadik kembali meningkat hari ini kepada 55 peratus setelah berada sekitar 43 peratus semalam.


“Seperti yang diperingatkan sebelum ini, peratusan jangkitan sporadik yang tinggi bermakna risiko jangkitan juga akan bertambah tinggi, khususnya di tempat-tempat yang sesak dengan orang ramai.


“Tempat-tempat awam yang perlu kita berhati-hati ialah bazaar Ramadhan dan pusat membeli belah. Patuhi semua SOP,” katanya.


Masidi berkata, secara keseluruhannya 96.43 daripada 140 kes pada hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, empat kes dalam Kategori 4 dan satu kes dalam Kategori 5. Tidak ada kes baharu direkodkan dalam Kategori 3.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page