Kes baharu Covid mencecah 3,376 kes hari iniKes baharu Covid mencecah 3,376 kes hari ini
top of page
  • Writer's pictureJacquline Ebit

Kes baharu Covid mencecah 3,376 kes hari ini



24 Ogos 2021

Oleh Jacquline Ebit


KOTA KINABAU: Sabah merekodkan jumlah kes baharu Covid-19 tertinggi setakat ini iaitu sebanyak 3,376 kes direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 127,806 kes.


Sebanyak 17 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu enam kes di Sandakan, empat kes di Tawau, masing-masing dua kes di Kota Kinabalu dan Kinabatangan manakala Semporna, Sipitang dan Tambunan mencatatkan satu kes kematian.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, 12 daerah merekodkan 100 kes ke atas dengan Kota Kinabalu terus merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 741 kes dan Penampang kedua tertinggi dengan 438 kes.


"Saringan kontak rapat terus menjadi penyumbang utama kepada kes-kes baharu iaitu sebanyak 2,094 kes adalah daripada saringan kontak rapat," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


"Kota Kinabalu merekodkan kes saringan kontak rapat tertinggi dengan 444 kes diikuti Tuaran dengan 366 kes, Papar (235 kes) dan Penampang (163 kes).


“Manakala saringan bergejala merekodkan 783 kes, diikuti saringan kluster dengan 164 kes, saringan bersasar (152 kes) dan saringan lain-lain kes (183 kes),” katanya.


Menurut Masidi, pesakit dalam Kategori 2 terus mencatatkan jumlah terbanyak dengan 2,106 kes, diikuti Kategori 1 (1,210 kes), Kategori 3 sebanyak (tujuh kes), Kategori 4 (satu kes) dan Kategori 5 (10 kes).


Dari segi jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital atau sembuh pula sebanyak 830 orang telah discaj atau sembuh hari ini menjadikan jumlah kumulatif 99,604 orang.


“Seramai 4,705 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,385 orang di hospital, 3,289 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 18 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala 13 orang di fasiliti swasta.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 195 orang dan 79 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page