Kes baharu di Sabah dijangka terus meningkat, 4,373 kes hari ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kes baharu di Sabah dijangka terus meningkat, 4,373 kes hari ini



15 Feb 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kes baharu positif Covid-19 di Sabah terus meningkat dengan 4,373 kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 282,669 kes.


Lapan kes kematian dilaporkan hari ini iaitu tiga kes di Tuaran dan masing-masing satu kes di Tawau, Semporna, Beaufort, Kota Kinabalu dan Kota Marudu.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, peningkatan sebanyak 339 kes berbanding semalam itu merupakan angka tertinggi yang pernah dicatatkan di Sabah.


“Dengan mengambilkira peratusan jangkitan sporadik hampir 63 peratus daripada jumlah keseluruhan, jumlah kes baharu dijangka akan terus naik dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, hampir 12 peratus daripada jumlah jangkitan baharu hari ini melibatkan kanak-kanak di bawah umur 11 tahun.


Beliau berkata, seramai 208 pesakit kanak-kanak berumur kurang daripada 5 tahun yang belum layak diberi vaksin dan 314 pesakit lagi berumur antara 5 hingga 11 tahun yang sudah layak menerima vaksin.


“Adalah diharapkan semua kanak-kanak yang sudah layak diberi vaksin mendapatkannya dengan kadar segera bagi memberi perlindungan maksimum kepada mereka daripada jangkitan atau kesan serius daripada jangkitan virus,” katanya.


Katanya lagi, sejumlah 99.45 peratus atau 4,350 daripada 4,374 kes adalah dalam Kategori 1 dan 2. Terdapat tujuh kes dalam Kategori 3, 10 kes dalam Kategori 4 dan tujuh kes dalam Kategori 5.


“Seluruh daerah di Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif Covid-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak 1,332 kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page