KES BAHARU MENINGKAT HARI INI, DISEBABKAN KLUSTER SINSINGON NABAWANKES BAHARU MENINGKAT HARI INI, DISEBABKAN KLUSTER SINSINGON NABAWAN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

KES BAHARU MENINGKAT HARI INI, DISEBABKAN KLUSTER SINSINGON NABAWAN



27 Feb 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 157 kes positif baharu Covid-19 hari ini meningkat sebanyak 28 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 52,752 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, peningkatan kes pada hari ini berpunca daripada Kluster Sinsingon di Nabawan yang dikenal pasti telah menular ke tiga daerah iaitu Kota Kinabalu, Keningau dan Nabawan.



“Daripada kluster itu, Kota Kinabalu mencatatkan 18 kes positif Covid-19, Keningau 38 kes dan Nabawan 65 kes.


“Setakat hari ini, 65 lagi kes positif dikesan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 135 kes.


“Bilangan yang telah disaring ialah 270 orang (72.9%) berbanding jumlah penduduk seramai 370 orang merangkumi 65 kes positif, 69 kes negatif dan 61 kes lagi keputusan belum diketahui,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, pada hari ini Sandakan mencatatkan (14 kes), Lahad Datu (tujuh kes), Tawau (empat kes), Kalabakan (tiga kes).


"Penampang, Papar, Putatan, Beluran, Semporna, Kota Belud, Tuaran, Beaufort, Kota Marudu dan Kinabatangan masing-masing satu kes.


“Manakala 12 daerah tidak mencatatkan kes baharu iaitu Kota Marudu, Kinabatangan, Kudat, Pitas, Tambunan, Tenom, Telupid, Ranau, Sipitang, Kunak, Kuala Penyu dan Tongod," katanya.



Beliau berkata, daripada 157 kes positif Covid-19 yang dicatatkan, sebanyak 45 kes (28.7%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 11 kes (7%), saringan kluster sedia ada 90 kes (57.3%) dan 11 kes (7%) adalah dari lain-lain kategori.


Masidi berkata, hari ini seramai 178 pesakit Covid-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 51,362 orang.


“Pada hari ini juga sejumlah 800 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 263 orang di hospital, 529 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan lapan (8) orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


“Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 37 orang dan 17 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.


Daerah Kuala Penyu berubah dari zon kuning ke zon hijau. Manakala Beluran dan Tambunan berubah dari zon jingga ke zon kuning.



bottom of page