top of page

KES BUNUH: GARA-GARA CEMBURU, LELAKI TEMPATAN BERHADAPAN HUKUMAN MATI

  • Wartawan Nabalu News
  • Feb 2, 2021
  • 1 min read

Hartono (dua dari kiri) dibawa ke lokap mahkamah.

2 FEB 2021


Oleh Eviana Mazinal


KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan dihadapkan di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan membunuh teman wanitanya kerana cemburu apabila teman wanitanya itu berjalan dengan lelaki lain.


Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Hartono Janang kerana laporan perubatan serta laporan bedah siasat belum ada.


Majistret Lovely Natasha Charles kemudiannya menetapkan 12 April tahun ini untuk sebutan semula kes berkenaan.


Tiada jaminan dibenarkan terhadap Hartono yang tidak diwakili peguam.


Terdahulu dia didakwa membunuh Kamalia Yussop, 35, berbangsa Brunei berasal dari Kampung Sim-Sim Sandakan pada 19 Januari 2021 berhampiran tempat pembuangan sampah, belakang sebuah hotel di Bandaran Berjaya, di sini.


Kes dibacakan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.


Tertuduh yang didapati positif dadah jenis syabu, menurut sumber tertuduh dikatakan cemburu melihat simati berjalan dengan lelaki lain, bertindak menumbuk muka simati berulang kali sehingga menyebabkan kecederaan di muka dan kepala serta pendarahan dalaman.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page