top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kes Covid-19 di semua daerah di Sabah kekal stabil, terkawal


7 Mei 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jumlah kes Covid-19 di semua daerah di Sabah pada hari ini, terus menunjukkan keadaan yang stabil dan terkawal.


Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Masidi Manjun berkata jumlah jangkitan baharu Covid-19 di Sabah hari ini ialah 22 kes, empat kes lebih rendah daripada jumlah semalam.


“Tidak ada jangkitan baharu dilaporkan di 16 daerah dalam tempoh 24 jam yang lalu.


“Hanya lapan (8) daripada 11 daerah yang merekodkan jangkitan baharu masing-masing mencatatkan hanya satu (1) kes baharu.


“Kota Kinabalu mencatatkan jumlah jangkitan baharu tertinggi dengan 8 kes (+2), Penampang 4 kes (-1) dan Papar 2 kes (+2),” kata Masidi.


Menurut Masidi, Secara perbandingan, 10 daerah mencatatkan penurunan jumlah kes baharu dan tujuh (7) daerah merekodkan peningkatan kes.


Sementara itu, 10 daerah lain kekal dengan angka catatan semalam.


“Seramai 18 orang daripada 22 pesakit baharu adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, seorang pesakit dalam Kategori 3 dan tiga (3) orang pesakit dalam Kategori 4.


“Dalam pada itu, tidak ada pesakit dalam Kategori 5 dilaporkan hari ini,” katanya.

Comments


bottom of page