Kes Covid-19 semakin menurun, Sabah catat 214 kes baharu hari ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kes Covid-19 semakin menurun, Sabah catat 214 kes baharu hari ini


31 Mac 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah kembali mencatatkan jangkitan Covid-19 baharu di bawah angka 300 dengan 214 kes baharu dicatatkan hari ini.


Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata kes yang dicatatkan hari ini mempunyai penurunan sebanyak 99 kes berbanding semalam.


Tambah beliau, jumlah kes baharu di Sabah yang lebih rendah hari ini berpunca daripada penurunan kes baharu di Kota Kinabalu (-70) kes dan Putatan (-23) kes.


“Sebanyak enam daerah mencatatkan kes dua angka iaitu Kota Kinabalu 34 kes, Papar 27 kes, Penampang 18 kes, Keningau 15 kes, Beaufort 15 kes dan Tuaran 13 kes, manakala 19 daerah lain hanya mencatatkan kes satu angka.


“Semporna dan Tongod tidak mencatatkan sebarang jangkitan baharu hari ini.


“Seramai 205 orang atau 95.79 peratus daripada 214 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2. Terdapat tiga orang berada dalam Kategori 3, empat orang dalam Kategori 4 dan dua pesakit dalam Kategori 5 hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.


Jelas Masidi, sebanyak dua kes kematian turut dilaporkan pada hari ini iaitu di Sandakan dan Tawau.

bottom of page