Kes Covid di Sabah meningkat kepada 1,369 kes dan lima kematian direkodkan pada hari iniKes Covid di Sabah meningkat kepada 1,369 kes dan lima kematian direkodkan pada hari ini
top of page
  • Writer's pictureJacquline Ebit

Kes Covid di Sabah meningkat kepada 1,369 kes dan lima kematian direkodkan pada hari ini



8 Ogos 2021

Oleh Jacquline Ebit


KOTA KINABAU: Jumlah kes positif Covid-19 di Sabah pada hari ini meningkat kepada 1,369 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 93,835 kes.


Sebanyak lima kes kematian turut dilaporkan hari ini iaitu dua kes masing-masing di Kota Kinabalu dan Tuaran dan satu kes di Sipitang.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, semua daerah di Sabah pada hari ini mencatatkan kes baharu kecuali Kuala Penyu dan Zon Merah Covid masih kekal kepada 26 daerah.


"Empat daerah di Sabah mencatatkan kes tiga digit, iaitu Kota Kinabalu (351 kes), Tuaran (152 kes), Tawau (160 kes), dan Penampang (113 kes).


"Lima daerah merekod jumlah kes harian melebihi 50 kes, iaitu Sandakan (75 kes), Papar dan Telupid masing-masing 72 kes, Putatan (64 kes) dan KInabatangan (61 kes).


"Penambahan yang tinggi berlaku di kawasan perbandaran kerana jangkitan mudah terjadi di tempat kerja dan semasa interaksi sosial,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, saringan kontak rapat kekal penyumbang utama kepada kes harian di negeri Sabah dengan peningkatan kepada 752 kes bersamaan 54.53 peratus daripada jumlah keseluruhan kes pada hari ini.


Kes yang tinggi hari ini juga dikatakan berpunca daripada peningkatan tinggi kes positif di dua kluster sedia ada iaitu Kluster Gambaron 2 di Telupid (68 kes).  Kluster Pauh di Kinabatangan (60 kes).


"Daerah Kota Kinabalu, Tawau, Tuaran, Penampang dan Papar mencatatkan kes saringan kontak rapat yang tertinggi pada hari ini dengan 230 kes di Kota Kinabalu, 101 kes di Tawau, 76 kes di Tuaran, 84 kes di Penampang dan 64 kes di Papar.


"Selebihnya, saringan bergejala merekodkan 265 kes, saringan kluster merekodkan 172 kes, saringan bersasar pula sebanyak 99 kes dan saringan lain-lain kes sebanyak 91 kes daripada jumlah keseluruhan kes pada hari ini.


"Terdapat 17 kes baharu hari ini melibatkan OKT, iaitu tahanan di penjara / pusat tahanan sementara bagi mereka yang menunggu dihantar balik ke negara asal.


Dalam pada itu, 1,277 kes daripada kes-kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2. Kategori 1, iaitu 530 kes adalah mereka yang tidak mengalami sebarang simptom dan Kategori 2 iaitu sebanyak 747 kes sekadar mengalami simptom ringan.


“Kedua-dua kategori pesakit ini tidak perlu dimasukkan di hospital untuk rawatan, sekadar ditempatkan di PKRC,” katanya.


Masidi berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh 463 menjadikan jumlah kumulatif 81,713 orang.


“Seramai 4,663 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,083 orang di hospital, 3,340 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 233 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala tujuh orang di fasiliti swasta.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 135 orang dan 56 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page