Kes Covid di Sabah terus meningkat, 1,600 kes
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kes Covid di Sabah terus meningkat, 1,600 kes



7 Feb 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kes baharu Covid-19 di Sabah terus meningkat dengan kes hari ini sebanyak 1,600 kes, meningkat 315 kes berbanding semalam.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kebanyakan kes adalah daripada saringan kontak rapat dan bergejala.


Beliau berkata, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.


“Empat daerah mencatatkan kes tiga angka iaitu Kota Kinabalu 371 kes (+62), Sandakan 322 kes (+121), Tuaran 150 kes (kekal) dan Penampang 138 kes (+30).


“Sejumlah 15 daerah mencatatkan kes dua angka, enam daerah mencatatkan kes satu angka dan hanya dua daerah tidak mencatatkan sebarang kes baharu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, bilangan pesakit Covid-19 sembuh ialah 418 (termasuk yang discaj dari

hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 241,449 orang.


“Manakala 1,410 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 667 orang di hospital, 736 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan tujuh orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara.


“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 24 orang merangkumi 21 di ICU/repurposed kritikal care serta tiga di open ward (HDW/kubikel akut) dan sembilan orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page