top of page

Kes Denggi di Sabah Meningkat 50.4 Peratus, KKM Perkukuh Inisiatif Komuniti Bebas Denggi

  • nabalunews
  • Jun 14
  • 2 min read

14 Jun 2026


KOTA KINABALU: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus memperkukuh usaha pencegahan dan kawalan penyakit bawaan vektor menerusi pendekatan lebih mampan yang berasaskan perubahan tingkah laku serta penglibatan menyeluruh masyarakat melalui inisiatif Komuniti Bebas Denggi (KomBeD).


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pendekatan itu diperkasakan menerusi penggunaan Behavioural Insights (BI) yang memberi tumpuan kepada pembentukan persekitaran yang menyokong amalan hidup sihat dan pencegahan penyakit.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Denggi ASEAN, Hari Malaria Sedunia dan Program Gotong-Royong Mega 2026 bersempena Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Negeri Sabah di Dewan Komuniti Menggatal, di sini, hari ini.



Menurut beliau, sehingga 13 Jun lalu atau Minggu Epidemiologi ke-23, negara merekodkan sebanyak 33,367 kes denggi, meningkat 20.7 peratus berbanding 27,640 kes dalam tempoh sama tahun lalu.


“Di Sabah, sebanyak 2,866 kes denggi dilaporkan berbanding 1,905 kes dalam tempoh yang sama pada tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 50.4 peratus.


“Lima daerah yang mencatatkan jumlah kes tertinggi ialah Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Penampang dan Putatan,” katanya.



Beliau berkata, pelaksanaan KomBeD memberi tumpuan kepada tiga strategi utama iaitu intervensi persekitaran (Environmental Intervention), pemerkasaan komuniti (Community Empowerment), pendekatan seluruh masyarakat (Whole-of-Society Approach) serta pengawasan entomologi (Entomological Surveillance).


Katanya, intervensi persekitaran menekankan pembentukan komuniti yang bersih, hijau dan lestari melalui amalan 3R, pengurusan sisa pepejal secara sistematik, aktiviti penghijauan komuniti, penanaman pokok serta amalan penjimatan tenaga.



“Pendekatan ini turut diperkukuhkan melalui kerjasama strategik bersama Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation dan pelbagai rakan strategik lain,” katanya.


Dalam perkembangan berkaitan, Dzulkefly berkata Malaysia terus mengekalkan sifar kes malaria manusia tempatan sejak 2018 hasil pelaksanaan pelan strategik eliminasi malaria kebangsaan serta komitmen berterusan semua pihak.


Bagaimanapun, katanya, KKM akan terus memperkukuh usaha menangani malaria zoonotik menerusi pendekatan bersepadu yang melibatkan sektor kesihatan, alam sekitar, hidupan liar dan komuniti setempat.


Beliau menegaskan KKM komited untuk membina komuniti yang lebih bersih, hijau, sihat dan berdaya tahan demi kesejahteraan rakyat serta negara.

 
 
 

8 Comments


lujyh
Jul 03

처음부터 끝까지 설명이 이해하기 쉬워서 많은 도움이 되었습니다. 실제 경험을 바탕으로 정리한 느낌이라 신뢰가 갔고, 룸알바 관련 정보도 자연스럽게 포함되어 있어 참고하기 좋았습니다. 앞으로도 좋은 글 기대합니다.

Like

folyq
Jun 24

알찬 정보가 가득 담겨 있어 읽는 내내 도움이 되었습니다. 문화상품권 관련 혜택과 이용 방법을 쉽게 설명해 주어 활용 가치가 높다고 생각합니다.알찬 정보가 가득 담겨 있어 읽는 내내 도움이 되었습니다.

Like

folyq
Jun 23

여러 번 문의해도 항상 같은 답변을 주는 점이 신뢰를 높여 주었습니다. 진행 중 부분이 중간에 분명히 안내되어 헷갈림 상품권현금화 없이 이용할 수 있었습니다. 깔끔한 서비스가 인상적입니다.

Like

folyq
Jun 22

평소 절약에 관심이 많은 편인데 기대했던 것보다 좋았습니다. 상품권할인 적용 후 체감되는 혜택이 있었고 전체 이용 과정도 편리했어요. 실생활에서 활용 가치가 높은 서비스입니다.

Like

folyq
Jun 21

설명이 구체적이면서도 이해하기 쉬워 끝까지 흥미롭게 읽었습니다. 특히 관련 장점이 명확하게 정리되어 있어 상품권매입 참고 가치가 높은 글이었습니다.

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page