Kes harian Covid-19 di Sabah dijangka terus berada di paras tinggi
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kes harian Covid-19 di Sabah dijangka terus berada di paras tinggi


Angka jangkitan baharu di negeri Sabah hari ini susut sedikit kepada 4,794 kes.

17 Februari 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jumlah kes harian Sabah dijangka akan terus berada dalam paras yang tinggi dalam masa terdekat, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Masidi Manjun.


Ini kerana, jumlah jangkitan sporadik dalam komuniti amat tinggi iaitu 3,076 kes atau hampir 64.2 peratus daripada jumlah jangkitan walaupun angka jangkitan baharu di negeri Sabah hari ini susut sedikit kepada 4,794 kes, iaitu penurunan sebanyak 288 kes berbanding semalam.


“Sebanyak 13 daerah mencatatkan kes tiga angka iaitu Kota Kinabalu 904 kes, Penampang 513 kes, Sandakan 459 kes, Tuaran 444 kes, Papar 347 kes, Tawau 273 kes, Lahad Datu 242 kes, Beaufort 203 kes, Ranau 195 kes, Kota Belud 156 kes, Kota Marudu 149 kes, Keningau 136 kes dan Putatan 128 kes.


“Bilangan daerah yang mencatatkan kes pada dua angka ialah 13 daerah dan Tongod pada hari ini menjadi daerah dengan catatan sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Sementara itu bilangan kluster di seluruh Sabah juga meningkat kepada 41 kluster hari ini, berikutan pertambahan 3 kluster baharu, kesemuanya kluster institusi pendidikan, yakni Kluster Batu Enam Kota Belud, Kluster Jalan Sugut Ranau dan Kluster Kemburongoh 2 di Ranau.


Dalam pada itu, terdapat satu kluster tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Kepayan Tambunan yang melibatkan SMK Tambunan, kluster institusi pendidikan yang pertama dikesan pada tahun ini.

bottom of page