Kes harian Covid di Sabah 447 menurun 203 kes, hari iniKes harian Covid di Sabah 447 menurun 203 kes, hari ini
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Kes harian Covid di Sabah 447 menurun 203 kes, hari ini



31 Okt 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Jumlah kes harian di Sabah menurun 203 kes hari ini kepada 447 kes berbanding 650 kes semalam, dua kes kematian dilaporkan iaitu di Kuala Penyu dan Kota Marudu.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, berdasarkan trend semasa penurunan besar itu biasanya bersifat sementara dan akan turun-naik dari masa ke masa.


Beliau berkata semua daerah di Sabah mencatatkan angka Covid-19 baharu di paras 50 kes kecuali Kota Kinabalu.


“Kota Kinabalu mencatat 84 kes, meningkat sebanyak 37 kes berbanding jumlah kes yang direkodkan semalam.


“Kebanyakan daerah mencatatkan penurunan kes baharu, antaranya Kota Belud, Tuaran, Beaufort, Papar, Kinabatangan, Penampang dan Sandakan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.


Katanya lagi, bilangan pesakit Covid-19 sembuh ialah 427 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 206,999 orang.


Manakala 1,841 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 747 orang di hospital, 1,077 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 16 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala satu orang di fasiliti swasta.


“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 85 orang merangkumi 82 di ICU/repurposed kritikal care serta tiga di open ward (HDW/kubikel akut) dan 21 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).


“Manakala bilangan pesakit stage empat dan lima yang masih belum lengkap vaksin ialah 96,” katanya.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page