KES POSITIF BAHARU DI KOTA BELUD MENINGKAT 11 KES DARIPADA HANYA 2 KES KELMARINKES POSITIF BAHARU DI KOTA BELUD MENINGKAT 11 KES DARIPADA HANYA 2 KES KELMARIN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

KES POSITIF BAHARU DI KOTA BELUD MENINGKAT 11 KES DARIPADA HANYA 2 KES KELMARIN



22 Mac 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Kes positif baharu Covid-19 di Kota Belud melonjak naik daripada hanya dua kes baharu kelmarin kepada 11 kes pada hari ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, secara keseluruhannya Sabah mencatatkan sebanyak 36 kes positif baharu Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 54,295 kes dan satu kes kematian direkodkan di Kota Kinabalu.



Beliau berkata, daerah yang mencatatkan kes tertinggi hari ini ialah Kota Belud dengan 11 kes, diikuti Kota Kinabalu sebanyak enam kes, Keningau dan Tawau masing-masing empat kes.


“Tenom, Kinabatangan dan Kota Marudu masing-masing dua kes, Kalabakan, Putatan, Penampang, Lahad Datu dan Nabawan masing-masing mencatatkan satu kes.


“Daerah yang tidak mencatatkan kes baharu hari ini ialah Tuaran, Sandakan, Kunak, Telupid, Sipitang, Tambunan, Kudat, Papar, Beaufort, Beluran, Ranau, Pitas, Kuala Penyu, Semporna dan Tongod,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, zon hijau Covid-19 di Sabah kini empat kawasan iaitu Pitas, Kuala Penyu, Semporna dan Tongod.


Beliau berkata, daripada 36 kes positif Covid-19, sebanyak 24 kes adalah berpunca dari saringan kontak rapat, sembilan kes (25%) saringan bergejala, serta tiga kes (8.3%) dari lain-lain kategori.


Katanya, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital pada hari ini ialah 78 menjadikan jumlah kumulatif 53,468 orang.


“Seramai 363 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 144 orang di hospital dan 210 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 18 orang dan empat orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page