KES POSITIF COVID DI SABAH MENINGKAT KEMBALI KEPADA TIGA ANGKA, 6 KES KEMATIAN DICATATKAN KES POSITIF COVID DI SABAH MENINGKAT KEMBALI KEPADA TIGA ANGKA, 6 KES KEMATIAN DICATATKAN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

KES POSITIF COVID DI SABAH MENINGKAT KEMBALI KEPADA TIGA ANGKA, 6 KES KEMATIAN DICATATKAN



21 April 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 172 kes positif baharu meningkat sebanyak 90 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak sebanyak 57,164 kes dan enam kes kematian direkodkan hari ini iaitu empat kes di daerah Tawau dan dua di Lahad Datu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kebanyakan kes baharu hari ini berpunca dari kluster sedia ada iaitu sebanyak 90 kes dicatatkan, sebanyak 53 kes adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 14 kes saringan bergejala, serta 15 kes dari lain-lain kategori.



“Kota Kinabalu mencatatkan kes baharu tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 82 kes diikuti oleh Tawau (45 kes), Lahad Datu (15 kes), Sandakan dan Putatan masing-masing mencatatkan sebanyak enam kes, serta lima kes dicatatkan di Kunak.

“Manakala daerah Semporna, Kota Belud, dan Kalabakan masing-masing mencatatkan tiga kes positif baharu. Sebanyak dua kes dicatatkan di Papar, Tuaran dan Kinabatangan, satu kes dicatatkan di Nabawan.

“Daerah yang tidak mencatatkan kes baharu hari ini ialah Penampang, Kuala Penyu, Ranau, Kudat, Keningau, Beluran, Beaufort, Sipitang, Pitas, Tambunan, Tenom, Kota Marudu, Telupid, dan Tongod,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.



Masidi berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh 70 menjadikan jumlah kumulatif 55,431 orang.


Katanya, seramai 1,019 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 322 orang di hospital, 632 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 65 orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 60 orang dan 18 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.



bottom of page