top of page
nabalunews

KESAVAN DITAHAN, JIMMY BLACK MASIH DIBURU




23 DIS 2020


KOTA KINABALU: Salah seorang suspek kes rusuhan sehingga menyebabkan kematian di sebuah restoran di Jalan Beaufort Jaya, Jumaat lalu, sudah ditahan oleh pasukan polis.


Suspek, P Kesavan ,34, berjaya ditahan polis malam tadi.


Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Beaufort akan mengadakan satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort, mengenai penahanan suspek terbabit.


Terdahulu, dalam kejadian 11.40 malam, Jumaat lalu, seorang lelaki parah selepas ditetak menggunakan parang, manakala seorang lagi turut cedera di kepala disyaki akibat dilibas menggunakan kepala tali pinggang.


Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, pagi semalam.


Siasatan awal polis mendapati punca pergaduhan itu tercetus selepas seorang pelanggan yang datang bersama tiga rakannya untuk membeli minuman keras bertengkar mulut dengan pemilik restoran. – HMetro

Comments


bottom of page