top of page

Kesejahteraan rakyat, keutamaan kerajaan: Abdul Ghani

  • nabalunews
  • Aug 13
  • 3 min read

Ghani (tengah), Jainisah (kedua dari kiri) dan Marshal (kedua dari kanan) bersama orang ramai mengibarkan jalur gemilang dan bendera Sabah semasa lagu jalur gemilang berkumandang.
Ghani (tengah), Jainisah (kedua dari kiri) dan Marshal (kedua dari kanan) bersama orang ramai mengibarkan jalur gemilang dan bendera Sabah semasa lagu jalur gemilang berkumandang.

13 Ogos 2025


NABAWAN: Kerajaan sentiasa meletakkan rakyat sebagai keutamaan dalam pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Malaysia.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata, ia amat bertepatan dengan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) pada tahun ini "Malaysia Madani, Rakyat Disantuni".


Katanya, dengan berpegang kepada tema ini, rakyat perlu sama-sama bertekad untuk memperkukuh lagi semangat kemerdekaan dalam diri sebagai rakyat Malaysia.

Ghani menerima cenderakenangan daripada Jainisah.
Ghani menerima cenderakenangan daripada Jainisah.

"Marilah kita berusaha untuk membina sebuah negara yang bersatu padu, aman, maju seiring dengan visi kerajaan perkukuh pembangunan negara dengan pendekatan berteraskan nilai kemanusiaan, kesejahteraan sosial, dan keadilan" katanya semasa berucap merasmikan Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 Negeri

Sabah peringkat Daerah Nabawan di dewan terbuka Daerah Kecil Pagalungan pada Isnin.


Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) berkata, Kembara Merdeka Jalur Gemilang bukan sekadar memenuhi acara tahunan, tetapi ia adalah sebagai simbol perpaduan, kebanggaan dan kesyukuran kita sebagai rakyat Malaysia.


"Malah ia mengingatkan kita akan pengorbanan dan usaha gigih para pahlawan negara yang telah berjuang demi kebebasan dan kemakmuran yang sedang kita nikmati pada hari ini,” katanya.

 Ghani menyerahkan jalur gemilang kepada Marshal.
 Ghani menyerahkan jalur gemilang kepada Marshal.

Pada masa sama Ghani memberikan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah buat Jabatan Penerangan Sabah selaku penganjur utama program serta semua jabatan dan agensi kerajaan persekutuan mahupun negeri serta badan bukan kerajaan kerana telah menjadikan program kita ini sebagai sebuah medium penyebaran maklumat yang efisien kepada rakyat di setiap daerah tidak terkecuali daerah terpencil.


Beliau berharap agar program seperti ini dilaksanakan pada masa akan di kawasan terpencil yang kadangkala masyarakat setempatnya sukar untuk mendapatkan sesuatu maklumat atau perkhidmatan.


Ghani juga mengajak agar setiap rakyat menyemarakkan lagi Bulan Kebangsaan dan mengambil bahagian dalam Inisiatif "1 Rumah 1 Jalur Gemilang" yang memberi peluang kepada rakyat untuk menterjemah semangat patriotik dan cinta akan negara sekaligus merasa bangga menjadi anak Malaysia melalui kibaran Jalur Gemilang.


"Dengan mengibarkan Jalur Gemilang di setiap rumah, kita bukan sahaja memeriahkan suasana Hari Kemerdekaan tetapi juga menjadi simbolik kemerdekaan dan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum" katanya.


Sementara itu, Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor, berkata kembara kali ini amat bertepatan dengan tema Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni, walaupun lokasi yang dituju terletak jauh di pelusuk Pedalaman.


Katanya, walaupun Daerah Kecil Pagalungan kawasan terpencil dan kali pertama konvoi KMJG sampai di pekan ini namun sambutanya begitu meriah kibaran jalur gemilang dan juga bendera Sabah begitu banyak yang menyambut kedatangan rombongan konvoi.


"Ini dapat kita saksikan dengan kibaran jalur gemilang dan bendera Sabah dikibarkan di rumah dan tepi jalan selain bangunan-bangunan kerajaan" jelasnya.


Kembara Merdeka Jalur Gemilang KMJG 2025 di Daerah Kecil Pagalungan sebuah kawasan yang terletak berhampiran sempadan Indonesia merupa hari ke-9.


Ketibaan konvoi disambut meriah oleh penduduk setempat dan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Logongon, yang mula berkumpul sejak awal pagi, lengkap dengan kibaran Jalur Gemilang Dan Bendera Sabah.


Sambutan KMJG di Daerah Kecil Pagalungan turut diserikan dengan perarakan lebih 20 buat bot yang mengibarkan jalur gemilang dan bendera Sabah, pameran jabatan dan angensi kerajaan termasuk Komuniti Kampung Silungai dan Kampung Salarom Baru.


Hadir sama Pegawai Daerah Nabawan Ts Marshal Anthony @ Idham, Penolong Pegawai Daerah Kecil Pagalungan Hasinin Kinsim, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Nabawan Deckson Andipai, Ketua Daerah Kecil Pagalungan OKK Philip Antugi, Ketua-Ketua Jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page