top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ketua bahagian Warisan Tawau umum keluar parti


8 Okt 2021

Oleh Ilona Andrew


TAWAU: Ketua Bahagian Parti Warisan Sabah (Warisan) Tawau Abdul Salip Ejal pada hari ini telah umu keluar dari parti itu.


Beliau berkata turut melepaskan keahlian dari parti itu ada sembilang orang ahli jawatan kuasa (AJK) bahagian.


Tambahnya, mereka secara rasmi sepakat untuk berada di blok bebas bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob yang baru mengumum keluar parti hari ini.


“Keputusan ini dibuat atas kerelaan kami tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.


“Bersama dengan ini, saya juga ingin berterima kasih dan menyanjung  tinggi atas kepercayaan seluruh pimpinan Warisan yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk mengemudi Warisan Bahagian P.190 Tawau sejak dua tahun lalu sehingga ke hari ini.


“Dengan ini saya berserta dengan sembilan orang AJK Bahagian ingin memohon maaf atas segala salah dan silap atau apa juga kekurangan sepanjang kami menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai AJK Bahagian Warisan Tawau.”

Comments


bottom of page