top of page

Ketua Menteri hadir Hari Raya Aidiladha IPD Tuaran

  • nabalunews
  • May 28
  • 1 min read

28 Mei 2026


TUARAN: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyempurnakan Majlis Penyerahan Lembu Korban di Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran, di sini pada Rabu.


Beliau bersama Ahli Parlimen Tuaran yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Wilfred Madius Tangau; Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap ADUN Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai; ADUN Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya dan ADUN dilantik, Datuk Abdul Kassim Razali secara simbolik menyerahkan lembu korban kepada Ketua Polis Daerah Tuaran, Superintendan Noraidin Ag Maidin.


Terdahulu, Ketua Menteri menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Haji Noor di Kampung Serusup, Tuaran bersama penduduk di sekitar kampung berkenaan.


Hajiji turut mengambil peluang beramah mesra dengan jemaah selepas menunaikan solat sunat Aidiladha.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page