Ketua PDM UPKO Kiau Rasmi Sambutan Tadau Kaamatan Kampung Kiau Bersatu
- nabalunews
- Jun 2
- 1 min read

Oleh: Kidd, Nabalu News
2 Jun 2026
KOTA BELUD: Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) UPKO Kiau, Dolois Sumbin, mewakili Datuk Ewon Benedick merasmikan Sambutan Tadau Kaamatan di Kampung Kiau Bersatu yang diadakan di Dewan Terbuka Kampung Kiau Bersatu, petang semalam.
Majlis yang bermula pada pukul 4.00 petang dan berlanjutan hingga lewat malam itu menyampaikan salam serta penghargaan Datuk Ewon kepada seluruh penduduk kampung kerana terus memelihara serta menaikkan warisan budaya dan adat resam masyarakat Kadazandusun melalui penganjuran Tadau Kaamatan.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), James Dalansu berkata sambutan kali ini amat bermakna kerana ia adalah penganjuran pertama di bawah kepimpinannya selepas dilantik sebagai pengerusi.

Beliau merakamkan penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa, sukarelawan dan penduduk yang berganding bahu menjayakan program tersebut.
Pelbagai acara kebudayaan dan aktiviti kemasyarakatan diadakan sepanjang sambutan bagi mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk setempat.
Kehadiran ramai penduduk dan tetamu memeriahkan suasana Tadau Kaamatan yang berlangsung dalam semangat muhibah, perpaduan dan kekitaan sehingga majlis berakhir lewat malam.















Comments