top of page

KGB USNO seru PBT seluruh Sabah tarik lesen dan sira permis berkaitan GISBH Sdn Bhd

  • nabalunews
  • Sep 12, 2024
  • 1 min read

12 September 2024


KOTA KINABALU: Ketua Generasi Baru USNO, Iskandar Zulkarnain Ramli menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Sabah untuk menarik semula lesen operasi dan menyita permis yang berkaitan dengan syarikat Global Ikhwan Services And Bussines Holding (GISBH) kerana menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa eksploitasi.


“Seruan ini kami cadangkan melihat pada kenyataan rasmi Ketua Polis Negara terhadap GISBH yang terlibat dalam eksploitasi kanak-kanak”


Menurut Timbalan Ketua Pemuda Gabungan Rayat Sabah (GRS) itu, tindakan tersebut juga bagi mengelakkan syarikat tersebut beroperasi dengan menggunakan ‘buruh paksa’ yang tidak dibayar gaji.


“Mereka menggunakan kaedah doktrinisasi dan ramai kanak-kanak dibawah rumah amal mereka didedahkan dengan ‘sexual grooming’, ada kanak-kanak yang diliwat, diajari meliwat, dan diarahkan meliwat kanak-kanak lain”.


Iskandar menambah, “kita tidak mahu rakyat Sabah khususnya anak muda, remaja, dan kanak-kanak terpengaruh dan menjadi mangsa kultus agama yang sesat ini”.


GISBH, syarikat yang berpengkalan di Rawang, Selangor merupakan syarikat yang diasaskan oleh bekas jemaah Al Arqam yang telah difatwakan sesat oleh Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan 1994.


Setakat ini, sebanyak 20 buah rumah amal telah diserbu, seramai 171 suspek telah ditahan, dan seramai 402 orang kanak-kanak yang menjadi mangsa seksual dan buruh paksa telah diselamatkan.


Iskandar turut memohon agar Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEINS) membuat siasatan jika ada rumah amal yang dinaungi GISBH di Sabah demi memastikan keselamatan kanak-kanak yang terlibat.

Opmerkingen


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page