Kimanis Power bayar RM20 juta dividen kepada NRG Consortium Sabah
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kimanis Power bayar RM20 juta dividen kepada NRG Consortium Sabah


Hajiji menyaksikan penyerahan pembayaran dividen berjumlah RM20 juta daripada Abdul Aziz kepada Jasnih (kanan) di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu.

15 Februari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor menyaksikan penyerahan pembayaran dividen berjumlah RM20 juta untuk tahun 2022 daripada Kimanis Power Sdn. Bhd. kepada NRG Consortium (Sabah) Sdn. Bhd., anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah (YS), di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, pada selasa.


Pengerusi Kimanis Power Sdn. Bhd., Abdul Aziz Othman menyerahkan dividen itu kepada Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn.Bhd (ICSB), Datuk Jasnih Daya.


Turut hadir ialah Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Haji Ghulamhaidar Khan Bahadar, Ketua (Pembangunan Perniagaan dan Komersial) PETRONAS Gas Berhad, Hisham Maaulot, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kimanis Power Sdn.Bhd, Rozali Khamis, Ketua Petronas Sabah dan Labuan, Siti Ayu Abdul Wahab dan Pengarah ICSB, Joshua Ho.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page