top of page

KK Apas Balung diberi perhatian wajar dalam agenda naik taraf - Dzulkefly

  • nabalunews
  • 5 hours ago
  • 1 min read

ree

25 Oktober 2025


KOTA KINABALU: Klinik Kesihatan Apas Balung di Tawau akan diberikan perhatian sewajarnya di bawah agenda naik taraf fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan kemudahan dan keselesaan rakyat terus menjadi keutamaan.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, klinik kesihatan yang mula beroperasi sejak 1983 itu merupakan antara nadi utama perkhidmatan kesihatan primer di Pantai Timur Sabah, melayani keperluan kesihatan lebih 53,000 penduduk dengan purata 250 hingga 300 pesakit setiap hari.


“Saya mendapati masih terdapat beberapa kekangan fasiliti yang perlu diberi perhatian segera seperti ketiadaan kawalan keselamatan (pengawal dan CCTV), kekurangan katil pemerhatian, serta keperluan menambah baik ruang rawatan kecemasan dan stor penyimpanan peralatan.

ree

“Sehubungan itu, saya telah mengarahkan agar perolehan bagi peralatan perubatan dan bukan perubatan disegerakan dengan secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat selepas meninjau fasiliti berkenaan sempena lawatan kerja dua hari beliau di Sabah.


Menurut Dr Dzulkefly, beberapa penambahbaikan telah dilaksanakan sebelum ini termasuk pembinaan blok tandas awam untuk pesakit pada 2022, serta pembinaan blok baharu Unit Kesihatan Ibu dan Anak pada 2023.


Selain itu, klinik berkenaan juga menerima dua unit kontena tambahan bagi tujuan penyimpanan barangan klinik.


“Insya-Allah, saya akan pastikan Klinik Kesihatan Apas Balung terus diberi perhatian sewajarnya di bawah agenda naik taraf fasiliti KKM,” katanya.


Lawatan beliau ke Tawau merupakan sebahagian daripada program peninjauan fasiliti kesihatan di pantai timur Sabah bagi meneliti keadaan sebenar kemudahan kesihatan luar bandar.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page