KKD awasi kandungan TikTok berbaur ancaman

24 Julai 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
SHAH ALAM: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menganggap serius penyebaran video yang berisi ancaman dan memperlihatkan gambar pemimpin politik dan senjata di dalam aplikasi TikTok terkini.
Menteri, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, berkata, "Alhamdulillah kandungan tersebut diturunkan oleh pihak TikTok sendiri dan ia agak merisaukan dan memberi bayangan seolah-olah ada tindakan yang kita boleh anggap sebagai cubaan mengugut."
"Dengan meletakkan gambar seorang ahli politik, beberapa gambar di atas peranti dan keliling meja ada beberapa orang yang tegap badannya dan di sudut meja itu terdapat kapak dan keris," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Watikah Penubuhan Rasmi Komuniti Madani Negeri Selangor Bagi Zon Tengah, kelmarin.
"Situasi yang kita hadapi kandungan di TikTok tiada tanda pagar ataupun tag yang mudah dicari (untuk rujukan). Perlu ada sistem yang berbeza buat pemantauan dan pengesahan tag tersebut," ujarnya.
Beliau bertambah, KKD akan mengadakan pertemuan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi-agensi berkaitan bagi membincangkan perkara tersebut.
Katanya ia untuk memastikan penyebaran kandungan sedemikian dapat dipantau dan dihalang.
Comments