KKD berusaha bendung penyebaran ekstremis militant di media sosial
top of page
  • Wartawan Nabalu News

KKD berusaha bendung penyebaran ekstremis militant di media sosial


30 Mac 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


ALOR SETAR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang mengambil langkah-langkah untuk menghalang penyebaran ideologi ekstremis militan Daesh yang dikesan di media sosial.


Menurut Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, tindakan itu bertujuan untuk melindungi umat Islam di negara ini daripada pengaruh negatif kumpulan tersebut.


Beliau turut menyatakan bahawa beliau akan mengadakan pertemuan dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah pada Ahad ini bagi meneliti kes yang melibatkan kandungan berunsur 3R iaitu Race (Kaum), Religion (Agama) dan Royalty (Institusi Diraja) di media sosial.


Beliau turut menyuarakan kebimbangan dengan perkembangan ekstremisme yang merisaukan Raja-Raja Melayu dan sebahagian ulamak yang menjurus kepada fahaman takfiri.


“Jadi menjadi tanggungjawab saya yang menjaga komunikasi dan digital untuk mencari jalan (penyelesaian),” katanya.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama dalam sesi town hall bersama warga kerja KKD Kedah di Auditorium RTM Kedah di sini.


Sementara itu, beliau menyeru warga kerja KKD untuk tidak terlibat dalam isu politik dan menjalankan tugas sebagai penjawat awam dengan penuh berintegriti dan bebas daripada amalan rasuah.



bottom of page