top of page

KKD, MCMC jalin kerjasama erat bina ekonomi digital

Wartawan Nabalu News

12 Julai 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berazam untuk bekerjasama erat dalam membina ekonomi digital yang berdaya saing dan inklusif.


Ini termasuklah melaksanakan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang bertujuan untuk meningkatkan liputan dan kualiti jalur lebar serta mempersiapkan negara untuk beralih kepada teknologi 5G.


Komitmen ini diperkukuhkan melalui lawatan kerja Ketua Setiausaha KKD Datuk Mohamad Fauzi Md Isa ke Ibu Pejabat MCMC di sini, hari ini.


Beliau diberikan taklimat mengenai fungsi utama MCMC sebagai badan kawal selia sektor komunikasi dan multimedia, serta inisiatif strategik dan projek utama yang sedang dijalankan.


"MCMC turut membentangkan pelbagai isu, trend dan cabaran yang dihadapi dalam sektor komunikasi dan digital, di samping membincangkan fokus terhadap pemantauan jenayah dalam talian, penambahbaikan infrastruktur, serta pemajuan teknologi dan inovasi dalam bidang komunikasi dan digital," menurut kenyataan MCMC.


Menurut kenyataan itu, pelaksanaan JENDELA akan dilakukan dalam dua fasa, iaitu Fasa 1 bermula 2020 hingga 2022 dan Fasa 2 bermula dari 2022 hingga 2025.



Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page