KKD rancang rasionalisasi pengagihan minyak masak bersubsidi
top of page
  • Wartawan Nabalu News

KKD rancang rasionalisasi pengagihan minyak masak bersubsidi


10 Julai 2023 Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KKD) KKD, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata kementerianya akan merancang proses rasionalisasi pengagihan atau kuota minyak masak bersubsidi untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan di pasaran.


Beliau berkata proses tersebut juga bertujuan untuk memastikan pengagihan minyak masak bersubsidi dapat dilakukan secara adil di semua peringkat.


Jelas beliau, kementeriannya telah membuat beberapa siri lawatan ke kilang pembungkusan semula minyak masak bersubsidi di seluruh negara untuk menilai keadaan semasa.


"Saya rasa sampai masanya untuk pihak kementerian melihat secara keseluruhan tentang bagaimana proses pengedaran minyak masak paket bersubsidi ini supaya tidak berlaku gangguan atau kekurangan di mana-mana peringkat pada masa akan datang," katanya.


Salahuddin berkata, KKD juga sedang menjalankan kajian atau audit menyeluruh untuk memastikan kilang-kilang tersebut mempunyai kemampuan membekalkan minyak masak bersubsidi sama ada di peringkat daerah atau bandar.


"Selepas audit itu selesai dilakukan maka pengagihan (minyak masak bersubsidi) dengan lebih adil dapat dilakukan. Kita akan mengurus dan menyelaraskan semula (pengagihan atau kuota tersebut).


"Di mana kawasan yang perlu (atau) kuota kurang, kita akan tambah supaya kita dapat mengatasi isu kekurangan bekalan ini di masa akan datang," katanya.


Beliau turut menyatakan bahawa Sabah adalah salah satu negeri yang mengalami masalah kekurangan kilang pembungkusan semula minyak masak bersubsidi dan ini menyebabkan kekurangan bekalan di pasaran.


Beliau menegaskan bahawa kementeriannya komited untuk mengatasi masalah ini termasuk dalam aspek memastikan pengagihan minyak masak bersubsidi dapat dilakukan secara adil di semua peringkat.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page