top of page

KKJA rai ulang tahun ke-33 cerminan komitmen kebajikan ahli

  • nabalunews
  • May 3
  • 2 min read


Ahi KKJA bersama penasihat persatuan meraikan Malam Media KKJA 2025
Ahi KKJA bersama penasihat persatuan meraikan Malam Media KKJA 2025

2 Mei 2025


KOTA KINABALU: Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA) meraikan ulang tahun ke-33 penubuhannya dengan mengadakan beberapa acara mencerminkan komitmennya terhadap kebajikan ahli, pada Khamis.


Semasa Mesyuarat Agung Tahunannya yang diadakan pada sebelah pagi, Pengerusi KKJA Jimmy Goh menyentuh tentang legasi persatuan itu terhadap program anugerah pengajian selama tiga dekad untuk keluarga ahli.


"Tahun ini adalah 33 tahun memperkasakan anak-anak ahli kami melalui pendidikan. Kami menghargai kejayaan ini kepada penaja kami yang berdedikasi, seperti Datuk Eliza Goh, diatas kemurahan hati," kata Jimmy.


Sambutan itu diakhiri dengan majlis Malam Media 2025, di mana Jimmy membuat pengumuman bahawa Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah menjaja RM10,000 untuk cabutan bertuah malam itu.


Sambil menyatakan penghargaan diatas sokongan Hajiji, Jimmy berkata, bantuan pengajian tahunan untuk anak-anak ahli dan perhatian terhadap kebajikan profesional media.


“Sejak memegang jawatan, Ketua Menteri sentiasa menyokong KKJA, menunjukkan penghargaan terhadap kerja kami dan keprihatinan terhadap generasi akan datang,” katanya.


Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pejabat Hajiji kerana memumpuk jalinan mesra yang kukuh dengan komuniti media.


Penasihat Persatuan Datuk George Teo turut menyumbang RM10,000 tambahan bagi menggandakan cabutan bertuah.


Malam itu menggabungkan persahabatan dan pengiktirafan, dengan Jimmy memuji ahli dan penaja kerana mengekalkan misi KKJA.

“Malam ini membuktikan semangat kolektif kami dan perpaduan yang memacu persatuan ini ke hadapan,” katanya.


Sementara itu, Pengerusi Penganjur Makan Malam KKJA, Nancy Lai mengucapkan terima kasih kepada penasihat persatuan itu semasa majlis makan malam tahunan pertubuhan itu, mengiktiraf sokongan dan bimbingan mereka dalam memajukan misi persatuan.


Majlis itu yang dihadiri penasihat dan ahli KKJA juga menjadi platform untuk Nancy memperjuangkan integriti kewartawanan dalam era yang semakin dibentuk oleh kecerdasan buatan (AI).


Dalam ucapannya, Nancy membuat gesaan tepat pada masanya untuk ahli KKJA, majoriti terdiri daripada ahli media untuk mengutamakan fakta yang tepat dan laporan beretika.


Sambil mengiktiraf kecekapan peralatan AI dalam kewartawanan moden, beliau berkata, media tidak seharusnya terlalu bergantung pada teknologi dengan mengorbankan daya kefahaman manusia.


"AI boleh memproses data, tetapi ia tidak boleh menggantikan tanggungjawab moral wartawan untuk mengesahkan kebenaran, konteks cerita dan menegakkan hak orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang tepat," katanya.


“Dalam era maklumat yang salah, komitmen kita terhadap kebenaran mestilah tidak boleh dirundingkan,” katanya, sambil turut menyampaikan penghargaan kepada ahli media yang berpengalaman atas bimbingan mereka.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page