- nabalunews
KKM nafi video tular berkaitan kebenaran rentas negeri dan daerah bagi penerima vaksin

22 Julai 2021 KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan kenyataan petikan video berdurasi 20 saat yang menunjukkan seolah-olah Kerajaan memberi kebenaran untuk rentas negeri dan daerah bagi mereka yang telah lengkap menerima vaksin seperti yang sedang tular di media sosial. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Pasukan Respons Pantas KKKM hari ini, petikan video tular yang dimaksudkan adalah video siaran berita arus perdana bertarikh 21 April 2021 yang berdurasi selama 1 minit telah disunting serta disebarkan menerusi aplikasi Whatsapp untuk mengelirukan orang ramai. “Masyarakat disaran untuk sentiasa membuat semakan di media sosial rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini yang sahih,” kata kenyataan itu.