KKM perhalusi isu syif doktor berlebihan, tumpu kebajikan tenaga kerja
- nabalunews
- Oct 16, 2024
- 1 min read

16 Oktober 2024
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi tumpuan terhadap masalah syif doktor yang bertugas melebihi 30 jam selepas waktu pejabat, dalam usaha memperbaiki pengurusan tenaga kerja kesihatan negara.
Meskipun isu ini tidak meluas di semua fasiliti, KKM akan memastikan tiada jurang yang mengganggu kelancaran perkhidmatan dan kesejahteraan kakitangan kesihatan.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menyatakan bahawa pihaknya sedang mengenal pasti kekurangan yang wujud dalam sistem tenaga kerja.
“Syif doktor bertugas lebih masa selepas waktu pejabat bukanlah berlaku secara meluas di semua tempat tetapi kita perlu memahami jurang dan kekurangannya,” ujarnya.
Beliau menegaskan bahawa kajian mendalam diperlukan untuk memastikan doktor dapat menjalankan tugas dengan optimum tanpa menjejaskan kesejahteraan mereka.
Dr Dzulkefly berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Bencana bersempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional Peringkat KKM Tahun 2024 dan pelancaran lima garis panduan baharu di sini, hari ini.
Komentar