KKTP komited kembangkan pendigitalan perkhidmatan di Sabah
top of page
  • Wartawan Nabalu News

KKTP komited kembangkan pendigitalan perkhidmatan di Sabah


17 Mac 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Pendigitalan perkhidmatan di Sabah dipertingkatkan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) dengan bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) dan organisasi lain, menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam.


Beliau menegaskan bahawa ini penting bagi mencapai sasaran pendigitalan perkhidmatan yang selaras dengan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).


KKTP telah membentuk Pelan Strategik ICT KKTP (2021-2025) sebagai panduan untuk memastikan pendigitalan dapat mencapai sasaran.


“Salah satu teras pertama dalam pelan itu ialah pembangunan sistem aplikasi fungsi teras Kementerian, yang juga diselaraskan dengan komponen dalam Smart City Framework Malaysia (MSCF).


“Sistem aplikasi teras yang telah dibangunkan ialah Sistem Maklumat Setinggan dan Sistem Maklumat Perumahan, yang dapat digunakan sepenuhnya agar data-data berkaitan perumahan dan setinggan dapat dikumpul, data perumahan boleh dianalisa dan digunakan untuk membantu perancangan dan pengurusan perumahan.


“Data Sistem Pengurusan Setinggan juga dapat dikongsikan dengan Kementerian/Jabatan lain untuk membantu menangani isu bersama yang berkaitan dengan setinggan. Dengan adanya daftar dan analisa setinggan, ianya dapat membantu mengatasi masalah seperti pembinaan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) dan penyelesaian lain-lain,” katanya.


Beliau berkata demikan merasmikan Seminar ICT Peringkat Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Tahun 2023 bertemakan ‘SMART CITY: ICT Implementation and Challenges’ di Shangri-La Tanjung Aru Resort, di sini, pada Khamis.


Seminar ICT Peringkat Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Tahun 2023 bertemakan ‘SMART CITY: ICT Implementation and Challenges’ telah diadakan dengan tujuan mempromosikan penggunaan teknologi ICT dan memberikan pendedahan teknologi terkini kepada peserta seminar.


Program ini memberikan impak positif di mana apabila mereka berkumpul, mereka akan dapat berinteraksi dan bertukar-tukar pendapat tentang bagaimana menangani masalah khususnya dalam bidang ICT.


Selain itu, tema seminar iaitu ‘SMART CITY: ICT Implementation dan Challenges’ adalah sangat relevan dengan senario semasa, selaras dengan Hala Tuju Nasional untuk mewujudkan bandar yang mampan seperti yang terkandung dalam Malaysia Smart City Framework (MSCF).


Jelas beliau, penggunaan ICT dalam kehidupan seharian sudah menjadi kebiasaan dan aplikasi yang berasaskan IOT boleh digunakan dalam pelbagai aspek seperti pemantauan suhu, kualiti udara dan kawalan paras air.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page