top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kluster baharu babitkan pekerja Hotel Perkasa Kundasang


3 Jan 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini, dikenali sebagai Kluster Jalan Kem Bina - Ranau merupakan kluster jenis tempat kerja yang berlaku di Hotel Perkasa Kundasang.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kes indeks merupakan lelaki tempatan, 59, dan kakitangan hotel terbabit yang dikesan positif melalui saringan bergejala di Hospital Ranau pada 23 Disember 2021.


“Saringan terhadap 70 kontak rapat, rakan sekerja serta keluarga mendapati 39 lagi kes positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 40 kes, termasuk enam kes baharu yang dilaporkan pada hari ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Mengenai jumlah kes baharu Covid-19 hari ini, Masidi berkata, jumlah kes positif baharu sebanyak 161 kes dan dua kes kematian dilaporkan masing-masing di Kota Kinabalu dan Papar.


Beliau berkata, secara keseluruhannya Kota Kinabalu kekal daerah dengan kes tertinggi sebanyak 37 kes, diikuti Penampang 19 kes, Tuaran 19 kes, Kota Belud 19 kes, Ranau 17 kes dan Keningau 12 kes.


“Enam daerah mencatatkan kes dua angka, 11 daerah mencatatkan kes satu angka dan tidak ada kes baharu di sepuluh 10 daerah,” katanya.

Comentários


bottom of page