KLUSTER BAHARU DI KENINGAU, PENULARAN TEMPAT KERJA
top of page
  • Wartawan Nabalu News

KLUSTER BAHARU DI KENINGAU, PENULARAN TEMPAT KERJA


11 Julai 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini dikenali sebagai Kluster Kayu Patikang - Keningau merupakan penularan jangkitan di tempat kerja iaitu di sebuah kilang pemprosesan kayu balak di Keningau, melibatkan Mukim Patikang dan Lingkudau. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kes indeks adalah kanak-kanak perempuan, 4, bukan warganegara yang dikesan melalui saringan bergejala di Hospital Keningau dengan keputusan RTK-Ag positif. “Saringan kontak di lapangan mendapati 16 lagi kes dengan keputusan RTK-Antigen positif pada 10 Julai 2021. “Pada tarikh sama, dua lagi kes positif RTK-Antigen dilaporkan oleh Pusat Kuarantin Sementara, IPG Keningau melalui saringan seumpama. “Setakat hari ini, daripada 88 kontak yang disaring, terdapat 19 kes positif termasuk 18 kes baharu,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page