Kluster baharu di Kinabatangan melibatkan jangkitan pekerja ladang sawit Kluster baharu di Kinabatangan melibatkan jangkitan pekerja ladang sawit
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Kluster baharu di Kinabatangan melibatkan jangkitan pekerja ladang sawit



1 Sept 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini melibatkan kluster tempat kerja dikenali sebagai Kluster Sawit Kinabatangan 2.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster itu berlaku di ladang sawit di Mukim Sukau, Kinabatangan.


“Kes indeks merupakan lelaki, warga Indonesia, 19, tanggungan seorang pekerja ladang tersebut. Kes indeks yang bergejala sejak 18 Ogos 2021, disahkan positif COVID-19 (RTK-Ag) dan telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan pada 23 Ogos 2021 untuk rawatan lanjut.


“Aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapati seramai 123 orang kontak sosial, pekerja dan tanggungan juga positif COVID-19,” katanya dalam kenyataan media hari ini.


Masidi berkata, aktiviti siasatan, persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebaran jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang berdekatan yang lain.


Katanya, setakat hari ini, seramai 124 orang telah disaring dan 124 kes positif dalam kluster ini termasuk 122 kes baharu yang dilaporkan hari ini.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page