top of page
  • Writer's pictureJacquline Ebit

Kluster baharu di Ranau libatkan pelajar sekolah



18 Nov 2021

Oleh Jacquline Ebit


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu jenis institusi Pendidikan dikesan di Ranau dikenali sebagai Kluster Kemburongoh.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kes indeks adalah seorang pelajar lelaki, 17, SMK Kemburongoh, Ranau.


Pelajar itu dikesan positif COVID-19 melalui ujian saliva pada 08 November 2021, selepas bergejala sejak 06 November 2021.


Katanya, kes indeks dikesan positif Covid-19 melalui ujian saliva pada 08 November, selepas bergejala sejak 06 November.


“Kes indeks kemudiannya menjalankan ujian ulangan RT PCR pada 9 November dan disahkan positif.


“Saringan lanjut terhadap kontak rapat indeks kes berjaya mengesan 21 kes lain yang terdiri daripada rakan sekelas dan sebilik, warden asrama serta keluarga kepada warden asrama,” katanya dalam kenyataan media hari ini.


Masidi berkata, daripada saringan yang dijalankan jumlah kumulatif setakat hari ini adalah 22 kes termasuk empat kes baharu.

Comentarios


bottom of page