KLUSTER BAHARU DI SABAH DIKESAN MELALUI SARINGAN RENTAS NEGERI KLUSTER BAHARU DI SABAH DIKESAN MELALUI SARINGAN RENTAS NEGERI
top of page
  • Wartawan Nabalu News

KLUSTER BAHARU DI SABAH DIKESAN MELALUI SARINGAN RENTAS NEGERI



17 Jan 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sebanyak 10 kluster baharu dikenalpasti di seluruh negara hari ini dan dua daripadanya di Sabah iaitu melibatkan Kota Kinabalu dan Tuaran dan Kota Belud.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster itu dikenali sebagai Kluster Jalan Mawila di Kota Kinabalu dan Kluster Taman Ikan Jinak di Tuaran dan Kota Belud.


“Kes indeks bagi Kluster Jalan Mawila dikesan melalui kes saringan rentas negeri pada 13 Januari lalu melibatkan seorang penjawat awam.


“Sehingga hari ini sejumlah 130 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, bagi Kluster Taman Ikan Jinak di Tuaran dan Kota Belud ia mencatatkan 18 kes menjadikan jumlah kumulatif 21 kes.


“Kes indeks merupakan kontak rapat kepada menantu dari Beaufort yang menghadiri hari keluarga pada 2 hingga 3 Januari lalu, di Taman Ikan Jinak Tuaran.


“Aktiviti saringan dan mengenal pasti kontak masih giat dijalankan,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page