top of page

KLUSTER BAHARU DI SANDAKAN BERPUNCA DARI MAKAN MALAM TAHUN BAHARU CINA

  • Wartawan Nabalu News
  • Feb 23, 2021
  • 1 min read

Datuk Masidi Manjun

23 Feb 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu dilaporkan hari ini berpunca dari majlis makan malam sempena sambutan Tahun Baharu Cina, dikenali sebagai Kluster Mawar Sandakan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster itu mencatatkan 15 kes positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 15 kes.


“Kes indeks dikesan hasil saringan bergejala di klinik swasta pada 22 Februari lalu.


“Saringan kontak rapat terhadap 14 orang yang terdiri daripada ahli keluarga kes indeks, disahkan positif RTK Ag.


“Siasatan mendapati penularan jangkitan terjadi semasa menghadiri majlis makan malam sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina pada 12 Feb di kediaman sendiri,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page