KLUSTER BAHARU, KLUSTER DAMBAI INANAM JANGKITI GURU DAN MURIDKLUSTER BAHARU, KLUSTER DAMBAI INANAM JANGKITI GURU DAN MURID
top of page
  • Wartawan Nabalu News

KLUSTER BAHARU, KLUSTER DAMBAI INANAM JANGKITI GURU DAN MURID


Gambar hiasan

24 April 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini melibatkan komuniti di tiga daerah iaitu Kota Kinabalu, Inanam dan Kuala Penyu dikenali sebagai Kluster Dambai Inanam.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, individu yang dikesan positif Covid-19 hasil saringan bergejala di klinik swasta pada 16 April lalu.



"Berdasarkan rekod pergerakan, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan ketika menghadiri majlis pertunangan di Kg Dambai di Mukim Kionsom," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.


Susulan kes itu Masidi berkata, pasukan kawalan JKNS menjalankan pengesanan kontak dalam kalangan tetamu majlis berkenaan.


Katanya, sebanyak 119 sampel telah diambil dan daripada jumlah tersebut sebanyak 18 kes dikenal pasti positif Covid-19 termasuk tiga kes di Putatan, lima kes di Kuala Penyu.


"Berdasarkan saringan yang dijalankan didapati bahawa salah seorang individu disahkan di Kuala Penyu adalah guru yang kemudiannya menjangkiti dua orang murid dalam kelas jagaannya.


“Sehingga hari ini, jumlah kumulatif bagi kluster ini ialah 19 kes,” katanya.




bottom of page