KLUSTER BAHARU, DIKENALI KLUSTER POMPOD DI KOTA BELUD
Wartawan Nabalu News

25 DIS 2020
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Satu kluster baharu dilaporkan di Kota Belud dikenali sebagai Kluster Pompod mencatatkan empat kes menjadikan jumlah kumulatif 19 kes.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster itu dikesan melalui saringan kontak rapat.
Kes indeks bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 13 Disember lalu melalui saringan individu bergejala.
Sehingga hari ini (25 Dis) sejumlah 216 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
Comments