Kluster baharu jenis komuniti dikesan di TenomKluster baharu jenis komuniti dikesan di Tenom
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Kluster baharu jenis komuniti dikesan di Tenom


22 Okt 2021 Oleh Marryan Razan KOTA KINABALU: Satu kluster baharu jenis komuniti dikesan di Tenom dikenali sebagai Kluster Alab Senagang. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kes indeks adalah wanita tempatan, 37, tinggal di Kg Alab Senagang, Tenom. Katanya, kes indeks disahkan positif Covid-19 di Hospital Tenom pada 14 Oktober lalu dan telah dimasukkan ke PKRC pada hari yang sama. “Berdasarkan siasatan awal, penularan jangkitan disyaki berpunca daripada upacara pengebumian ibu mertua kepada indeks kes. “Pada 10 Oktober, ibu mertua kes yang meninggal dunia disebabkan COVID-19, telah dibawa balik ke Kg Senagang pada 11 Oktober 2021. “Seramai 20 ahli keluarga dilaporkan berkumpul semasa jenazah di bawa pulang ke rumah kes namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan media hari ini. Masidi berkata, daripada 88 saringan, 50 kes didapati positif termasuk empat kes baharu pada hari ini.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page