KLUSTER BAHARU KG MELAMAN SIPITANG, PENULARAN DALAM KOMUNITIKLUSTER BAHARU KG MELAMAN SIPITANG, PENULARAN DALAM KOMUNITI
top of page
  • Wartawan Nabalu News

KLUSTER BAHARU KG MELAMAN SIPITANG, PENULARAN DALAM KOMUNITI



14 Julai 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini dikenali sebagai Kluster Kg Melaman - Sipitang iaitu penularan jangkitan dalam komuniti.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster ini mula dikesan melalui saringan bergejala terhadap tujuh sekeluarga di Klinik Sindumin pada 09 Julai 2021, selepas tiga hari mengalami demam, sakit kepala dan sakit sendi.


“Kes indeks merupakan tutor wanita, 17, mengajar di rumah keluarga terbabit dan bergejala serupa sejak 26 Jun 2021 tetapi tidak mendapatkan rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan.


“Susulan pengesanan dan saringan kontak yang dijalankan, terdapat pertambahan kes yang melibatkan kaitan epidemiologi yang sama iaitu sejarah menghadiri majlis agama di Kg Melamam,” katanya dalam kenyataan akhbar, hari ini.


Masidi berkata, setakat hari ini, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 bagi kluster ini ialah 37 kes termasuk 14 kes baharu.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page