Kluster baharu Kg.Penangah Tongod jangkitan dalam komunitiKluster baharu Kg.Penangah Tongod jangkitan dalam komuniti
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Kluster baharu Kg.Penangah Tongod jangkitan dalam komuniti


22 Ogos 2021 Oleh Marryan Razan KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini merupakan jangkitan dalam komuniti dikenali sebagai Kluster Kg Penangah - Tongod. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kes indeks adalah petani, lelaki, 76, dengan sejarah penyakit darah tinggi dan masalah kulit. “Kes indeks disahkan positif COVID-19 RTK-Ag (Kit Iflix) di Klinik Kesihatan Penangah pada 17 Ogos 2021, setelah mengalami simptom demam, batuk dan sakit kepala. “Siasatan awal mendapati pada 12 Ogos 2021 kes indeks mempunyai pergerakan ke luar daerah (Sandakan) untuk mendapatkan rawatan penyakit kulit dan mula bergejala pada 15 Ogos 2021. “Siasatan seterusnya mengesan 14 kes positif dalam kalangan kontak rapat di sekitar kediaman kes indeks. “Setakat hari ini, jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini ialah 35 kes termasuk 15 kes baharu hasil saringan terhadap 76 individu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Masidi berkata, aktiviti siasatan, persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan oleh pasukan siasatan untuk menilai sebarang jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada penduduk kampung yang berdekatan.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page