Kluster baharu, Kluster Sawit Sukau catat 30 kes positifKluster baharu, Kluster Sawit Sukau catat 30 kes positif
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Kluster baharu, Kluster Sawit Sukau catat 30 kes positif


Gambar Hiasan

20 Ogos 2021 Oleh Marryan Razan KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini berlaku di ladang sawit Mukim Sukau dikenali sebagai Kluster Sawit Sukau - Kinabatangan, Lahad Datu. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kes indeks merupakan pekedai runcit, lelaki, 54, di dalam ladang sawit itu. “Kes indeks yang menjalani saringan tempat kerja di Klinik Kesihatan Mabello Paris, Kinabatangan pada 6 Ogos 2021, disahkan positif COVID-19 (RTK-Ag) dan telah dirujuk ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan selanjutnya dan telah didaftarkan di daerah Lahad Datu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Masidi berkata, aktiviti persampelan kontak sosial, pekerja dan tanggungan mendapati 29 lagi kes positif baharu pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 30 kes. Beliau berkata, siasatan persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebaran jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang berdekatan yang lain.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page