Kluster baharu libatkan kru kapal TLDMKluster baharu libatkan kru kapal TLDM
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kluster baharu libatkan kru kapal TLDM


22 November 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Satu lagi kluster baharu direkodkan hari ini melibatkan kru kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dikenali sebagai Kluster Lautan Biru Pantai - Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster itu dikategorikan sebagai kluster institusi pertahanan.


“Kes indeks merupakan kru kapal, lelaki, yang berlepas dari TLDM Lumut Perak pada 27 Oktober dan didapati negatif bersama kru kapal sebelum berlepas ke TLDM Sepanggar.


“Kapal tersebut kemudiannya tiba di TLDM Sepanggar pada 1 November dan selepas menjalani operasi selama seminggu, kapal kemudiannya berangkat ke Sandakan dan Tawau sebelum kembali semula ke TLDM Sepanggar pada 18 November.


“Semasa persinggahan, kes indeks dikesan positif Covid-19 menerusi saringan bergejala di Sandakan, manakala satu kes lagi dikesan di Tawau melalui saringan kendiri dan telah menjalani kuarantin di daerah masing-masing,” katanya dalam kenyataan media hari ini.


Menurut Masidi, setibanya di TLDM Sepanggar, didapati terdapat tiga kes positif hasil saringan bergejala.


“Saringan menyeluruh kemudiannya dijalankan terhadap 134 kru kapal dan menemukan 93 kes positif COVID-19 sebagai jumlah kumulatif termasuk 91 kes yang dilaporkan hari ini,” katanya.


Kesemua kes dan kontak rapat telah diarahkan untuk kurantin dan menerima rawatan yang sesuai.

bottom of page